Raikan Perbezaan, cari titik persamaan

Apa persamaan kita?

Anak anak kita main push bike. Tolak kesana kesini. Ada event/race semua berkumpul. Ko tengok aku, aku tengok kau. Sama2 jerit beri sokongan untuk anak.

Apa perbezaan kita?

Ada parents yang target anaknya mesti podium setiap kali race. Tip top training dia bagi.

Ada parents yang target anaknya dapat habiskan race dan mencari kawan. Dapat jumpa kawan selain dari kawan sekolah sebulan sekali pon jadi.

Ada parents yang gunakan masa ini hanya untuk bersama anak dan family selepas ditinggalkan untuk mencari rezeki.

Ada parents yang mencari rezeki atas minat anak sendiri dan minat parents yang lain. Jual barang.

Ada juga parents yang sepatutnya sibuk fikir anak sendiri, korbankan masa bersama anak untuk menguruskan event/race anak anak yang lain.

Kalau nak tulis, memang banyak perbezaan kita. Tapi, raikanlah perbezaan ini kerana kita ada satu titik persamaan. Anak kita main push bike!!

Move on parents.

1 thought on “Raikan Perbezaan, cari titik persamaan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top